Sunday, August 23, 2009

CADANGAN PROJEK

Tajuk Projek

Buku Panduan Guru Untuk Mengajar Seni Awang Batil Di Dalam Kelas.


Tujuan Projek

Projek ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah modul pengajaran dan pembelajaran Seni Awang Batil di dalam kelas. Secara khususnya, objektif projek ini adalah seperti berikut :

i. Menyediakan sebuah modul untuk digunakan oleh guru untuk mengajar Seni Awang Batil

Kepentingan Projek

i. Produk akhir projek ini diharapkan dapat membantu guru untuk memperkenalkan Seni Awang Batil sebagai satu penceritaan muzikal kepada pelajar dalam usaha untuk menyimpan khazanah kesenian Malaysia.
ii. Produk akhir projek ini diharapkan dapat membolehkan guru muzik di sekolah-sekolah mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam subjek Aprisiasi Muzik dan tidak hanya bergantung kepada sumber yang dibekalkan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum yang banyak memberikan penumpuan kepada Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat dan sebagainya.
iii. Produk akhir projek ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya sebagai satu khazanah seni.

Permasaalahan Projek

Awang Batil adalah suatu seni penceritaan secara muzikal yang banyak terdapat unsur-unsur muzik di dalamnya. Ianya hampir pupus kerana pada masa kini hanya terdapat seorang sahaja penggiatnya iaitu Encik Ramli Bin Mahamud yang masih lagi aktif membuat persembahan Awang batil, dan sehingga kini masih belum ada penggantinya. Sekiranya ditinjau secara keseluruhan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSR dan KBSM kita akan mendapati bahawa tidak terdapat penekanan diberikan untuk seni Awang Batil yang hamper pupus ini. Kita sepatutnya bertanggung jawab untu bersama memelihara kesenian muzikal tradisional ini.

2 comments:

cik_ala said...

salam...
saya nak wat dokumentasi pasal awng batil nie..so saya nak interview encik untuk dptkan maklumat berkaitan seni awang batil nie dgn lebih tepat..boleh saya dptkan no contact encik?x pun alamat emel encik.

tacebackhus said...

Titanium Building Tools, Tools, and Systems | TITIAN STEVE LAS VEGAS
‎Tools and Systems ecm titanium · ‎TITIAN STEVE LAS 2020 ford ecosport titanium VEGAS · ‎TITIAN STEVE LAS titanium ring VEGAS · benjamin moore titanium ‎TITIAN STEVE · ‎TITIAN STEVE LEAPER titanium glasses